Latihan

latihan 1



31. Perkataan ”mudik” dalam baris kedua rangkap pertama pantun ini bermaksud
A menuju ke arah hilir sungai
B menuju ke arah muara sungai
C menuju ke arah hulu sungai
D menuju ke arah laut



32. Maksud dua baris pantun ini menggambarkan
A manusia semakin mementingkan budi
B manusia lebih mementingkan kekayaan
C emas menyebabkan budi dihargai
D budi menyebabkan emas dihargai


33. Unsur gaya bahasa yang paling ketara dalam rangkap ketiga pantun ini ialah
A anafora
B epifora
C metafora
D simile


34. Nilai utama yang terkandung dalam rangkap keeempat pantun ini ialah
A amanah
B berbudi bahasa
C berdikari
D bertanggungjawab


35. “Pantun Budi” mengungkapkan persoalan tentang
A mengenang jasa
B kepentingan hubungan kekeluargaan
C keunggulan nilai budi
D kegigihan dalam hidup








latihan 2


Latihan komsas: Pantun Budi

1. Berikan maksud rangkap kedua bagi Pantun Empat Kerat (Budi)

Anak merak mati tersangkut,

Mati dipanah Seri Rama,

Resam di dunia juga disebut,

Orang yang mati meninggalkan nama.


2. Huraikan tiga ciri Pantun Empat Kerat.





Jawapan

1. Maksud rangkap kedua Pantun Empat Kerat ialah seseorang yang berbudi akan terus

menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia.

2. Antara ciri pantun Empat Kerat ialah terdiri daripada empat rangkap dan setiap rangkap

terdiri daripada empat baris. Selain itu, jumlah perkataan dalam setiap baris antara tiga

hingga lima patah kata.




Latihan tatabahasa 

Tatabahasa: Apitan meN…kan dan meN…i

Soalan 1 hingga Soalan 8
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan Itu telah ditanda dengan A, B, atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan. Tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 

1.Dewan Bahasa dan Pustaka telah  (A) menghadiahkan beberapa (B) buah buku bacaan (C) ke  perpustakaan sekolah kami.  (D) Tiada kesalahan

2.Jepun berjaya (A) memperkuasai Malaya (B) dalam  (C) tempoh empat belas hari sahaja.(D) Tiada kesalahan

3.Sheena cuba (A) memperdalami ilmu (B) dalam bidang (C) keagamaan. (D) Tiada kesalahan

4.Pihak sekolah harus (A) memperakui seseorang pelajar yang tidak (B) membawa kad pengenalan (C) sebelum pelajar itu boleh menduduki peperiksaannya. (D) Tiada kesalahan


5.(A) Sebelum tindakan dikenakan terhadap pelajar itu, ahli-ahli Lembaga Disiplin berbincang (B) untuk  (C) memperhalusi kes disiplin itu.  (D) Tiada kesalahan

6.Peminjam wang itu (A) memperbunga wangnya (B) bagi  (C) menyara keluarganya. (D) Tiada kesalahan.

7.Mereka telah (A) memperkuli Zubir dengan menyuruhnya membuat kerja-kerja yang  (B) tidak mahu dilakukan oleh (C) mereka. (D) Tiada kesalahan

8.Lelaki yang sombong itu (A) memperkecil kebolehan pekerja (B) bawahannya  (C) semata- mata untuk menunjukkan bahawa dia lebih berkebolehan. (D) Tiada kesalahan







 Soalan 9 hingga Soalan 15 

Tandakan jawapan yang betul.
 
9.Pekerja-pekerja Jabatan Kerja Raya sedang memperbaiki jalan raya-jalan raya  di daerah itu.
A membaiki jalan raya-jalan raya
B.membaiki jalan-jalan raya
C.memperbaiki jalan-jalan raya
D.memperbaiki jalan raya-jalan raya

10.Dia memperolehi banyak pengalaman semasa belajar di luar negara.
A.banyak memperolehi pengalaman
B.banyak memperoleh pengalaman
C.memperoleh banyak pengalaman
D.memperolehi banyak pengalaman

11.Pekerja-pekerja itu cuba memperdalami lagi dasar sungai di kawasan pendalaman itu.
A.mendalam dasar sungai di kawasan pendalaman
B.mendalami dasar sungai di kawasan pendalaman 
C.memperdalam dasar sungai di kawasan pendalaman
D.memperdalami dasar sungai di kawasan pendalaman

12.Masalah itu diperhalusi di dalam perbincangan mereka.
A.dihalus dalam perbincangan
B.dihalusi dalam perbincangan
C.dihalusi di dalam perbincangan
D.diperhalusi di dalam perniagaan

13.Ayah menghadiahi sebuah komputer kepada saya sempena hari lahir saya.
A.menghadiahi sebuah komputer
B.menghadiahkan sebuah komputer
C.menghadiahkan komputer sebuah
D.menghadiahi sebuah komputer

14.Sebiji anggur dihadiahi oleh kami semasa menziarahi Samad.
A.Segugus anggur kami hadiahi
B.Setandan anggur dihadiahi oleh kami
C.Sebiji anggur kami hadiahi
D.Sebiji anggur dihadiahi oleh kami

15.Sebiji pingat penghormatan dianugerahi oleh baginda kepada Pak Samad atas jasanya.
A.Sebutir pingat kehormatan dianugerahkan
B.Sebuah pingat kehormatan dianugerahi
C.Sebuah pingat penghormatan dianugerahkan
D.Sebiji pingat penghormatan dianugerahi

Hak Cipta Terpelihara © 2011. Powered by Blogger.

Apa pendapat anda mengenai MBMMBI?

SENARAI BLOG

SEARCH THIS BLOG

PENGUNJUNG

Followers