Karangan

NAMA: RAZIMAN BIN ABU BAKAR
TINGKATAN 2 HIJAU
TARIKH: 6.4.2011
KEPENTINGAN BERSUKAN
Menurut Kamus Dewan, bersukan bermaksud bergiat dalam sukan. Sukan penting memastikan badan kita sihat. Jikalau kita tidak bersukan, pastinya badan kita akan mudah dijangkiti penyakit. Sukan adalah penting dalam kehidupan kita.Namun ramai orang tetap mengabaikannya dan tidak melihatnya sebagai sebahagian dalam kehidupan kita.
Para pelajar masa kini lebih suka duduk di rumah menonton televisyen dan bermain permainan video. Mereka menganggap aktiviti itu lebih menyeronokkan berbanding bersukan. Terdapat juga pelajar-pelajar yang lebih mementingkan pelajaran berbanding bersukan tanpa menyedari bahawa mereka perlu menyeimbangkan kedua-duanya.
Apabila seseorang pelajar itu bersukan, mereka akan lebih mudah menerima pelajaran. Hal ini kerana apabila mereka bersukan, otak mereka akan mereka akan menjadi lebih cerdas dan dapat menerima pelajaran mereka dengan baik. Pelajar-pelajar ini boleh melakukan aktiviti bersukan dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang ada di sekolah seterusnya dapat menambahkan lagi pelbagai jenis pengetahuan mengenai sukan.
Selain itu, kehidupan masyarakat kini yang sibuk mencari rezeki juga telah menyebabkan ramai orang tidak mempunyai masa untuk bersukan. Lama-kelamaan, mereka akan biasa dengan tabiat hidup yang tidak bersukan. Ada juga menganggap bahawa bersukan adalah satu aktiviti yang membuang masa.
Kesedaran rakyat negara ini dalam mengamalkan gaya hidup sihat begitu membimbangkan apabila daripada kira-kira 25 juta jumlah penduduk, tidak sampai 10 peratus yang aktif bersukan. Berbanding negara lain seperti di Barat, penduduk negara ini sedia maklum mengenai kepentingan bagi menjalani kehidupan lebih sihat tetapi mereka tidak melaksanakannya.
Sebenarnya, hal ini harus diberi perhatian oleh semua pihak,kerana masyarakat masa kini banyak yang mengamalkan tabiat hidup yang buruk seperti merokok, minum arak, makan makanan yang berkolesterol tinggi, serta makanan yang berlemak.Semua tabiat hidup di atas adalah buruk dan akan membahayakan kesihatan badan kita.
Oleh itu, ingin ditegaskan di sini bahawa bersukan adalah penting untuk memastikan kehidupan kita sihat. Sesibuk mana pun kita, bersukan tidak bolehlah diabaikan untuk kepentingan kesihatan kita. Janganlah apabila sudah dijangkiti penyakit barulah hendak bersukan, bak kata pepatah “sudah terhantuk baru terngadah”.
Hak Cipta Terpelihara © 2011. Powered by Blogger.

Apa pendapat anda mengenai MBMMBI?

SENARAI BLOG

SEARCH THIS BLOG

PENGUNJUNG

Followers